Sekolah Menengah Teknik Sejingkat

Lorong Demak Indah 5A1
Jalan Bako 93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-432057 Fax: 082-432055
e-mail : smt_sejingkat@yahoo.com

Web Rasmi

 

    Selamat Datang

Pengetua

 

 ENCIK MOHD SHARIFF BIN MAT SAAD

 Assalamualaikum Wbt.

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

 Perkembangan  dan kemajuan dalam bidang ICT terutama penggunaan Laman Web berlaku  dengan pantas. Jika peluang  ini tidak direbut oleh pihak sekolah bermakna kita akan ketinggalan jauh ke belakang berbanding sekolah-sekolah lain terutama dalam penyebaran maklumat sekolah kepada dunia luar khasnya kepada ibu bapa dan masyarakat setempat.

Dengan adanya kemudahan internet dan Laman Web ini Warga SMTS akan dapat mengetahui dengan jelas dan tepat setiap maklumat dan aktiviti sekolah. Institusi sekolah yang digambarkan dalam Laman Web SMT Sejingkat bukan lagi sebuah institusi yang peranannya hanya  memberikan pendidikan untuk menghadapi peperiksaan malah lebih dari itu. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan  menggambarkan pendidikan yang didokong oleh barisan pendidik yang berdedikasi adalah pendidikan yang menyeluruh untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang akhirnya akan membentuk satu generasi dan modal insan yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama.

Saya mengambil kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pembangun laman web ini. Saya berharap usaha mengemaskini Laman Web SMTS ini adalah berterusan  dan ianya dapat dijadikan sebagai satu tapak yang mudah, cepat dan tepat untuk pelajar, guru, ibu bapa dan  pihak lain mendapatkan maklumat berkenaan SM Teknik Sejingkat, Kuching.

 

Sekian, terima kasih.

 

Clock

Upcoming Events

No upcoming events

Recent Videos

184 views - 0 comments
168 views - 0 comments

Hubungi Kami

Pengetua

Smt Sejingkat

Lorong Demak Indah 5A1

Jalan Bako 

93050 Kuching

Sarawak

 

Tel: 082-432057

Fax: 082-432055

E-mail: smt_sejingkat@yahoo.com

 

 

 

 


Visitor

Google+ Web Search